Anda mahu menjadi seorang Pengendali Dron Professional?

Tahukah anda bermula 1 Disember 2021, kesemua pengendali dron tidak kira individu atau syarikat perlu mendapatkan sijil kompetensi pengendalian dron “RCoC-B” daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi mengendalikan dron secara sah di Malaysia

Saya Mahu Menjadi Pengendali Dron Professional

Apakah itu RCoC-B?

Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) adalah sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh CAAM bagi membolehkan pengendali dron menjalankan operasi dron dalam situasi Visual Line of Sight (VLOS) kecuali operasi penyemburan seperti penggambaran udara, pemantauan udara, dan pemetaan. Sijil RCoC-B juga boleh digandingkan dengan modul tambahan seperti Modul 1 (EVLOS) dan Modul 2 (Pertanian).

Sijil kompetensi ini diperkenalkan bagi memastikan pengendali dron mematuhi peraturan, memenuhi keperluan dan prosedur operasi dan menjalankan penerbangan dron dengan selamat. Pengendali dron professional mesti menjalani latihan teori dan praktikal dan mesti lulus peperiksaan bertulis dan praktikal

Kenapa Perlu Perolehi RCoC-B?

  • Keterampilan dalam Pengetahuan

    Adakah anda tahu tentang undang-undang dan peraturan yang terlibat untuk menerbangkan dron? Adakah anda tahu tentang prinsip pengendalian dan penerbangan dron yang selamat dan terbaik? Adakah anda tahu kepentingan mengetahui had kemampuan manusia dalam pengendalian operasi dron? Mempunyai pengetahuan meluas dan mendalam tentang operasi dron yang sesuai dan selamat mampu membantu anda mendapatkan pekerjaan dalam industri dron

  • Peningkatan Kredibiliti Diri

    Walaupun ada segelintir komuniti yang memandang enteng tentang sijil kompetensi pengendali dron, itu bukanlah alasan untuk anda berhenti daripada mendapatkan sijil RCoC-B. Dengan adanya sijil RCoC-B, anda telah mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada pihak berkuasa untuk mengendalikan dron mengikut lunas undang-undang.

  • Pengendali Dron Generasi Baharu

    Dengan sijil RCoC-B, anda kini boleh menjadikan kompetensi pengendalian dron anda sebagai satu karier dan servis berbayar kepada industri yang memerlukan teknologi dron seperti fotografi, videografi, media, pemetaan, telekomunikasi, pembinaan dan banyak lagi. Kewujudan peralatan dron yang lebih canggih memerlukan kepakaran dan kompetensi pengendali dron yang bertauliah.

Syarat Perolehi Sijil Penerbang Jarak Jauh

Pra-syarat:

  • Umur minimum ialah 18 tahun.
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Sihat fizikal dan mental

Ingin tahu lebih lanjut tentang program ini?

  • Hadir ke bengkel percuma kami!
  • Fahami keperluan menghadiri program ini
  • Daftar minat anda dengan kami
  • Sertai program mengikut jadual latihan yang fleksibe

Perlukan bantuan?

Hubungi perunding latihan kami sekarang untuk mendapatkan jawapan kepada segala persoalan anda. Tenaga pengajar kami juga bersedia membantu memberi jawapan!

Daftar Sekarang!

Kenapa Perlu Pilih Kami?

Asia Drone Technical Academy adalah
penyedia latihan dron terbaik di Malaysia

Pertama di Malaysia & Asia, diiktiraf oleh CAAM

Kami bersama dengan SG Akademi adalah akademi dron yang pertama diiktiraf di Malaysia untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (Pengendalian Dron) dan Tahap 3 (Pemerintahan Misi Dron) di bawah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), Kementerian Sumber Manusia.

Kami juga menawarkan pentauliahan digital mikro untuk program dron pertama di Asia yang diperakui oleh City & Guilds UK, sebuah badan akreditasi UK yang menilai berdasarkan kecekapan dan merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa.

Modul Latihan yang Mudah dan Menarik

Modul latihan dibentuk dengan teliti dan disampaikan dengan corak pembelajaran yang menarik oleh tenaga pengajar pakar untuk memudahkan pemahamanpeserta

Tenaga Pengajar Pakar daripada Industri

Barisan tenaga pengajar kami mempunyai pengalaman lebih daripada 2,500 jam penerbangan dron dalam penerbangan dron individu dan projek komersil berkaitan industri dron

Latihan Amali yang Komprehensif

Kami memberi penekanan kepada latihan amali dengan mengehadkan 5 orang peserta kepada setiap tenaga pengajar bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan secara selamat dan komprehensif.

Bantuan Kewangan Disediakan!
• Dapatkan 3 Sijil Kompetensi Dron Professional dengan 1 Harga! Sertai Kami!

01

Remote Pilot Certificate of Competency (RCoC-B) oleh CAAM

02

Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Pengendalian Dron (H512-001-2:2019) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran

03

Pentauliahan Digital Mikro oleh City & Guilds UK

Pusat Latihan Dron di Johor

Kelas Teori

Medini 6, Jalan Medini Sentral 5, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri, Johor

Latihan Praktikal

DRZ Iskandar, Persiaran Medini Sentral 1, Bandar Medini Iskandar Malaysia, 79250 Iskandar Puteri, Johor

Pusat Latihan Dron di Kuala Lumpur

Kelas Teori

SG Akademi, D-00-03A, Putra Majestik Business Center, Jalan Kasipillay, Off Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur

Latihan Praktikal

Drone Operation Area, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur

Testimoni Peserta

Kami telah menjalankan program kemahiran teknologi dron daripada tahun 2018 dan telah melatih lebih daripada 500 orang pengendali dron di serata Malaysia

Social Media

Dapatkan Sijil Kompetensi Professional Dron anda

Whatsapp

+60 12-661 4609

E-mel

admission@drone.edu.my

Lokasi

Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, 51200 Kuala Lumpur